Apakah hidup ini dipenuhi oleh orang-orang durjana?
Apakah hidup seorang budak naif akan didurjanai oleh syaitan-syaitan disekelilingnya?
Minda budak naif ini bagailah sehelai kertas putih.
Apakah kertas ini akan kekal putih selamanya?
Apakah kertas ini akan diwarnai dengan warna pelangi atau dicemari dengan contengan?
Apakah masa depan budak naif ini.
Bila, seorang budak naif, dicemar dengan hidup yang durjana, diselubungi kegelapan hidup. Hilang arah tuju, hilang penglihatan, hilang segala-galanya.....
Namun, janganlah budak naif lupa, satu-satunya yang masih berada disisi budak naif, DIRI SENDIRI. seseorang diri, budak naif kehilangan segalanya, dan dengan seorang dirilah budak naif memperoleh segalanya. Asalkan budak naif tidak kehilangan diri sendiri, maka segala yang hilang dapat dikembalikan. Dari kegelapan yang teramat, budak naif bangun dan terus mara kehadapan, Berkat kegigihan, dan kecekalan budak naif akan diterangi oleh suatu cahaya,suatu harapan membimbing budak naif bebas dari kegelapan hidup.Cahaya itu, sentiasa berada disisi budak naif, namun, syaitan-syaitan durjana cuma mengaburi mata si budak naif. Asalkan budak naif mahu cahaya, maka cahaya itulah yang akan menerangi hidup budak naif ini.
Persoalannya, mahukan budak naif hidup dalam cahaya ataupun kembali dalam hidup kegelapan?
Tiada siapa, tiada seorang pun dalam hidup ini menentukan hidup budak naif ini.
Cuma budak naif dan hanya budak naif sendiri sahaja mampu menentukan arah tujunya.
Cuma budak naif dan hanya budak naif sendiri sahaja yang dapat menuntukan hidupnya dalam cahaya atau kegelapan.
Renungkan.....
No comments:
Post a Comment