23 tahun lepas, pada 10 Mac tahun 1986, hujan lebat pada malam itu. Awan- awan yang membawa hujan itu menutupi langit, menghalang cahaya bulan daripada menyinari bumi. Jam menunjukkan 11.55 malam, kedengaran si ibu menjerit kesakitan diringi dengan suara tangisan seorang bayi. Malam itu, suatu malam bersejarah, malam di mana lahirnya seorang budak jahil ke muka bumi ini. Kelahiran bayi ini membawa senyuman kepada keluarganya yang sudah kian lama menunggu di depan pintu wad, hospital bersalin. Si bapa menunjukkan reaksi kegembiraan yang tak terhingga, maklumlah anak ini merupakan anak pertamanya. Di sini, bermulanya detik perjalanan hidup seorang budak jahil tanpa mengetahui hala tujunya.
Si budak jahil ini membesar dalam keluarga Tiong Hwa yang besar dengan budaya dan adat Baba nonya. Dalam keluarga bapanya, Si budak jahil mempunyai seorang nenek, seorang datuk, 4 orang pakcik dan 2 makcik. Manakala, keluarga ibunya pula terdiri daripada seorang moyang(ibu kepada datuk), seorang nenek, seorang datuk, 3 makcik dan 4 pakcik. Maklumlah, zaman ibubapanya adalah 1950-an-1960-an.Si budak jahil merupakan cucu ketiga dalam keluarga bapanya dan cucu pertama bagi keuarga ibunya. Oleh yang demikian, Si budak jahil sering dimanja oleh saudaranya terutamanya keluarga ibunya.
Pada masa itu, ibunya bekerja sebagai seorang kerani dan bapanya bekerja di kedai datuknya, sebuah perniagaan keluarga yang telah warisi sejak turun-temurun lagi. Kedainya merupakan kedai yang menjual daun rokok yang dihasilkan melalui daun nipah. Walaupun perniagaan tersebut besar dan meguntungkan, namun gaji yang diperoleh bapanya cumalah RM500 sebulan. Mengapa? Perkataan perniagaan keluarga menjelaskan persoalan ini. Perniagaan ini tidak dimiliki datuk si budak jahil sorang sahaja, ia juga dimiliki oleh adik-adik datuknya.
Daun nipah diperam dan dikeringkan, kemudian di pilih kualitinya dan dipotongrokok daun kemudianya dijual kepada pembuat rokok dan terhasillah rokok yang dijual dalam pasaran
Disebabkan Si budak jahil merupakan generasi keenam sejak moyangnya berpindah ke kawasan ini dari Pulau Pinang. Si budak jahil membesar dalam suatu keluarga yang besar di bawah jagaan neneknya(sebelah bapa) Si budak jahil dibesarkan dengan adat dan peraturan yang ketat tanpa mengetahui pergolakan dalam keluarganya terutama dalam generasi datuknya. Pergolakan dalam merebut harta. Namun, hasil jagaan dan kasih sayang neneknya, si budak jahil membesar dengan sihat.(Disebabkan kedua-dua ibubapanya bekerja, maka si budak kecil ditempatkan di bawah jagaan neneknya.)
Untuk mengetahui sambungan cerita ini, sila ikuti cerita Bab 2: Nenekku
Sekian.
6 comments:
Adakah penulis merupakan "si budak jahil" yang sering disebut dalam cerita ini??
Wahai En Wai, apakah saudara tidak membaca perenggan pertama? Tidakkah saudara mengetahui apakah maksudnya "rekaan semata-mata"?
Semasa peperiksaan, bacalah arahan sebelum menjawab soalan. Pelajarilah kesilapan ini untuk kebaikan kelak.
Kepada En.Mervin yang dikasihi, saya tertarik kepada cerita yang direkakan ini, terutamanya si budak jahil yang disampaikan dengan gambar yang kreatif sekali. Walau pun penulis telah lama tidak menulis karangan sejak lima tahun berturut-turut, tetapi penyampaian adalah amat disanjungi sekali! Selamat mengarang dan saya berhasrat untuk membaca bab yang seterusnya!
Daripada,
Cik Sylvianna
Wahai rupawan yang dikasihi, Si pengarang mengucapkan terima kasih atas pujian anda. Jika saudari ingin terus membaca cerita ini,sila layarilah laman ini dari masa ke semasa. Namun, Si pengarang memerlukan masa untuk menghasilkan karyanya.Diharap bersabar.
Yang ikhlas,
Pencipta "Si budak jahil"
nampaknya anda masih fasih berbahasa kebangsaan.
tahniah.
saya amat dengki dengan kebolehan anda menggunakan bahasa ini.
Wahai doktor Ng,
Saudara tidak perlu cemburu pada saya.
Saudara cuma perlukan latihan.
Jika saudara perlukan pertolongan, saya sedia membantu,sama seperti kerelaan saudara menolong saya.
Kita bagaikan aur dengan tebing.
Post a Comment